DuniaSemasa

7 terkorban, 175 cedera taufan di Brazil

RIO DE JANEIRO : Kira-kira tujuh terkorban dan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal selepas hujan lebat melanda Bahia di timur laut Brazil pada hujung minggu, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut Pertahanan Awam Wilayah semalam, hujan lebat yang disebabkan taufan di luar kawasan tropika landa wilayah Selatan Bahia minggu lalu bertambah kuat pada Sabtu sehingga menyebabkan kawasan itu dinaiki air dan kebanyakan harta benda musnah.

“Sekurang-kurangnya 30 majlis perbandaran terjejas akibat hujan itu, setakat ini tujuh orang terkorban, 175 cedera dan ribua kehilangan tempat perlindungan.” katanya dalam satu kenyataan.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dan Gabenor Bahia Rui Falcao mengambil kesempatan turun melawat kawasan yang terjejas pada Ahad dan menjanjikan bantuan pembinaan semula.

Hujan ribut itu menyebabkan beberapa bandar dan kawasan luar bandar terpisah hubungan sepenuhnya dan menyukarkan pasukan bantuan untuk menghubungi mereka.

Dilaporkan lebih 200 anggota bomba tentera keselamatan menjalankan misi menyelamat dalam komuniti yang terjejas dengan sokongan dua helikopter.

 

 

Related Articles

Back to top button