Semasa

Bayi bernama ‘Alhamdulillah Rejeki Hari Ini’ lahir selepas 7 tahun menunggu!

Tidak menyangka penantian berakhir

YOGYAKARTA –  16 Feb :  Anak adalah amanah yang dianugerahkan oleh Allah.

Zuriat yang dimiliki bukan sahaja menyambung warisan seseorang malah membuktikan kekuasaan Allah.

Bagi mereka yang sudah berkahwin, pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata adalah satu yang dinanti-nantikan.

Kesabaran perlu bagi mereka yang menunggu dalam tempoh agak lama untuk sekurang-kurangnya mendapat seorang zuriat.

Di Indonesia, setelah tujuh tahun menunggu, sepasang suami isteri dikurniakan seorang bayi lelaki dan dinamakan ‘Alhamdulillah Rejeki Hari Ini’.

Memetik kompas.com, pasangan Didit Saputro, 39, dan Meidiana, 35, menamakan anaknya sedemikian kerana terlalu, bersyukur terhadap pemberian Allah setelah lama menanti kehadiran pewaris mereka.

“Tujuh tahun menunggu sejak berkahwin pada tahun 2012, Alhamdulillah kami menimang cahaya mata, seorang anak lelaki pada 7 September 2019”

Pasangan itu yang tinggal di perumahan Bukit Asri di kawasan Gunungsempu, Bantul, Yogyakarta, menjadi tumpuan  selepas berita nama anak mereka tular di media.

Didit, seorang jurugambar profesional memberitahu isterinya telah menjalani beberapa rawatan kesuburan,  termasuk perubatan tradisional.

Didit ketika menceritakan nama itu dipilih kerana ada kisah di sebaliknya.

Pada tahun 2018, ketika mahu mendapatkan seorang anak, isterinya kemalangan motosikal menyebabkan kakinya patah.

Isterinya kemudian perlu menjalani pembedahan sebaliknya mereka memilih rawatan tradisional di Borobudur.

Tukang urut memberitahu isterinya mengalami masalah saraf dan sukar untuk hamil.

Akhirnya pada Februari 2019 pasangan itu menerima berita gembira isterinya hamil dua bulan.

“Saya betul-betul tidak menyangka, apa yang berlaku adalah izin daripada Allah SWT”

Keunikan nama bayi itu, menjadi bualan hangat dalam masyarakat apabila nama pada kad pendaftarannya menjadi viral.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button