Semasa

Covid-19: 6,387 kes jangkitan baharu

PUTRAJAYA : Sebanyak 6,387 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, meningkat 342 kes berbanding semalam.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 785,039 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar kes COVID-19 di Malaysia dengan merekodkan sebanyak 2,610 kes.

Katanya, ia diikuti Kuala Lumpur dengan 819 kes, Negeri Sembilan (523), Sarawak (424), Johor (324),  Pahang (312), Kedah  (273), manakala Sabah (263).

Perak merekodkan sebanyak 249 kes, Melaka (206), Pulau Pinang (157), Kelantan (114), Wilayah Persekutuan Labuan (71), Wilayah Persekutuan Putrajaya (25), Terengganu (17), manakala, Perlis mencatatkan sifar kes Covid-19 pada hari ini.

Oleh : Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Muhammad Aqil  Azfar / AJ

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button