CAPE TOWN : Sebanyak 63 penguin Afrika yang terancam mati disengat lebah di pantai luar Cape Town , kata Yayasan Afrika Selatan untuk Pemuliharaan Burung Pesisir.
“Selepas ujian dijalankan, kami mendapati lebah telah menyengat mata penguin tersebut,” kata David Roberts, doktor haiwan klinikal yayasan itu.
“Ini adalah kejadian yang sangat jarang berlaku. Kami tidak menyangka ia boleh terjadi, ini adalah suatu kebetulan.
Burung yang dilindungi, dijumpai pada hari Jumaat berasal dari Simonstown, sebuah bandar terpencil berhampiran Cape Town.
Kawasan ini adalah taman negara dan lebah madu Cape adalah sebahagian daripada ekosistem.
“Penguin-penguin tersebut tidak boleh mati begitu saja kerana mereka sudah dalam diancam kepupusan. Mereka adalah spesies yang dilindungi,” kata Roberts.
Pihak Taman Negara Afrika Selatan memaklumkan burung-burung itu dibawa ke yayasan untuk dibedah siasat dan sampel dihantar untuk ujian penyakit dan toksikologi.
Mereka mendapati tiada kecederaan luaran pada burung-burung tersebut namun hasil bedah siasat menunjukkan semua penguin mempunyai sengatan lebah.
Penguin Afrika, yang hidup di pantai dan pulau-pulau di Afrika selatan, berada dalam senarai merah International Union for Conservation of Nature, yang bermaksud mereka menghadapi risiko kepupusan yang tinggi.
-AGENSI
Oleh Hafeez Anuar