PUTRAJAYA : Sebanyak 6,045 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, turun 937 kes berbanding semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 778,652 kes.
Katanya, Selangor masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 2,262 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 616 kes.
Tambah beliau, Johor mencatatkan 500 kes jangkitan, diikuti Negeri Sembilan sebanyak (531), Perak (384), Sarawak (365), Kedah (332), Melaka (290), Sabah (228).
Pulau Pinang merekodkan sebanyak 173 kes baharu, Kelantan (124), Pahang (95), Wilayah Persekutuan Labuan (75), Terengganu (54), dan Putrajaya (16).
Tiada kes jangkitan baharu dilaporkan di Perlis.
Oleh : Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Muhammad Aqil Azfar