BAITULMUQADDIS : Israel telah menahan kira-kira 600 penduduk Palestin tanpa mengenakan sebarang tuduhan mahupun mengadakan perbicaraan.
Menurut laporan Al Mayadeen, kumpulan hak asasi Israel, HaMoked memaklumkan setakat ini, seramai 604 orang ditahan sebagai tahanan pentadbiran.
Penahanan penduduk itu merupakan jumlah tertinggi direkodkan sejak tahun 2016.
Hampir kesemua yang ditahan adalah penduduk Palestin kerana tahanan pentadbiran jarang digunakan terhadap orang Yahudi.
Mereka semua ditahan berdasarkan bukti rahsia tanpa mengetahui tuduhan mereka malah tidak dibenarkan untuk membela diri di mahmakah.
Mereka biasanya ditahan untuk tempoh enam bulan yang boleh diperbaharui yang sering membawa kepada tahanan bertahun-tahun.
Kumpulan hak asasi manusia mendakwah sistem itu telah disalahgunakan secara meluas oleh rejim Israel dan menafikan proses yang sewajarnya walaupun mereka menegaskan prosedur itu membolehkan pihak berkuasa menahan suspek sambil terus mengumpul bahan bukti.
Menurut HaMoked, seramai 2,441 penduduk Palestin kini sedang menjalani hukuman selepas disabitkan kesalahan di beberapa mahkamah tentera.
“Seramai 1,478 lagi tahanan ditahan untuk disoal siasat, telah didakwa dan menunggu perbicaraan atau sedang dibicarakan,” jelasnya.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia