60 belia rebut ilmu dalam Bengkel Akil Baligh
Dianjurkan sempena Karnival Perkampungan Ummah, Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi
BANGI: Masjid Al-Hasanah bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah mengadakan bengkel akil baligh di Karnival Perkampungan Ummah sempena 22 tahun Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi hari ini (Ahad).
Bengkel akil baligh ini dikendalikan oleh Pelangi Ilmu Training & Consultancy bersama peserta seramai 60 orang di ruang solat muslimat tingkat 1 Masjid Al-Hasanah.
Program ini membicarakan topik mengenai perubahan diri selepas baligh serta bagaimana menjaga kehormatan diri sebagai seorang perempuan yang disampaikan oleh Nur Shahidaah Shamshuddin, Shahirah Shabandi dan Siti Khadijaah Sapaat dari Pelangi Ilmu Training & Consultancy.
Menurut salah seorang peserta, Nur Aqilah, 11, berkata dia dapat mengetahui dengan lebih mendalam dan terbuka mengenai seorang perempuan yang akan akil baligh.
“Saya sangat bersetuju program seperti ini diadakan kerana dapat memberi lebih pendedahan kepada anak saya dan juga kanak-kanak perempuan yang lain mengenai perempuan yang akil baligh”, kata salah seorang ibu kepada peserta, Shahidah, 34.
Program ini turut melibatkan sukarelawan MAPIM Malaysia yang turut menjadi ajak pelaksana bagi menjayakan bengkel ini bersempena Karnival Perkampungan Ummah di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi.