Domestik

500 kotak bantuan makanan sebagai tanda sokongan MAPIM Malaysia kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

Menyumbang demi ummah

Bangi : Dalam usaha melawan pandemik Covid-19, frontliner adalah barisan penting yang memastikan kehidupan rakyat tetap seperti biasa, terlindungi daripada jangkitan, dan SOP tetap dipatuhi.

Mereka terdiri daripada para petugas kesihatan, askar, polis, cikgu, bomba, sukarelawan, dan ada juga yang memasukkan pekerja di kaunter dan pekerja penghantar barangan dalam kategori frontliner.

Namun ada juga frontliner yang kurang disebut oleh masyarakat iaitu Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM). Mereka sentiasa ada bagi membantu sekiranya diperlukan. Sekiranya berlaku kemalangan mereka akan ada membantu, sekiranya berlaku bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh mereka sudah siap sedia, sekiranya diperlukan bagi mengagihkan bantuan, mereka juga tidak banyak soal dan terus turun ke lapangan. Malah semasa musim pandemik covid-19, khidmat mereka semakin banyak diperlukan. Mereka sentiasa mendahulukan tugas demi negara, dan berkorban untuk keluarga.

Bantuan kepada asnaf yang dilakukan Aktivis MAPIM bersama APM sebelum krisis wabak COVID19

Atas segala jasa APM, MAPIM Malaysia menghulurkan sumbangan sebagai tanda penghargaan untuk anggota Angkatan Pertahanan Malaysia yang memerlukan. MAPIM Malaysia yang diwakili oleh Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al Kahery, bersama Setiausaha Agung MAPIM, Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol telah menyampaikan 500 kotak bantuan makanan. Pihak APM pula diwakili oleh Ketua Pesuruhjaya APM, KPj. (PA) Datuk Roslan Wahab.

(Dr.) Sani Araby Al Kahery bersama Ketua Pesuruhjaya APM, KPj. (PA) Datuk Roslan Wahab.

Majlis penyerahan  kotak bantuan makanan itu telah disempurnakan di Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, di Sungai Merab, Kajang Selangor. Semua kotak bantuan makanan itu akan diagihkan kepada anggota APM yang sudah dikenal pasti.

Menurut (Dr.) Sani Araby Al Kahery, “Sumbangan ini tidaklah sebanyak mana, tetapi yang utama mesej yang mahu disampaikan, kita perlu menang (melawan covid-19) dan jasa juga perjuangan APM kita sentiasa hargai.”

“Kami beri tabik hormat kepada keluarga besar APM. Kerana tentera biru ini senyum sahaja di mana-mana pun. Mereka membuktikan, mereka bukan bekerja makan gaji sahaja, tetapi bekerja dengan sepenuh hati.”

Ketua Pesuruhjaya, KPj. (PA) Datuk Roslan Wahab pula berkata, “Kami sangat berterima kasih kepada MAPIM Malaysia atas sumbangan ini. Ini sedikit sebanyak menaikkan semangat anggota kami untuk terus berkhidmat dan berjuang untuk negara.”

Dalam pada masa yang sama (Dr.) Sani Araby Al Kahery juga menyebut, “MAPIM Malaysia juga akan melaksanakan dua misi serentak, di Syria dan lapan buah negeri di Malaysia. Kita tidak mahu dianggap champion luar negara sahaja, tetapi juga dalam negara.”

Misi bantuan di lapan buah negeri itu akan dilaksanakan dengan kerjasama erat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Wakil MAPIM menyerahkan kotak bantuan makanan ke APM Putrajaya

 

FOTO : Media MAPIM Aimie / Zul


MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara untuk pelbagai jenis bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile clincic. Sumbangan boleh dibuat melalui:

www.BantuUmmah.com

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

 

Related Articles

Back to top button