50 rakyat Malaysia di Kazakhstan dilaporkan selamat
KUANTAN : 50 rakyat Malaysia yang sedang berada di Kazakhstan dilaporkan selamat ketika insiden tunjuk perasaan membantah kenaikan harga bahan api di negara itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata Wisma Putra memantau perkembangan di negara itu dan rakyat Malaysia diminta berhubung dengan kedutaan untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut.
“Kenyataan rasmi yang lebih terperinci tentang Kazakhstan akan dikeluarkan esok,” katanya pada sidang media semalam.
Media melaporkan isu kenaikan harga bahan api menyebabkan ribuan rakyat di negara itu melaksanakan tunjuk perasaan sebagai tanda bantahan.
Menurut laporan, Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev mengisytiharkan darurat pada Rabu selepas tunjuk perasaan itu merebak ke seluruh negara.
-Diolah dan disunting dari artikel BERNAMA