KUANTAN : Sejumlah 141 mangsa banjir daripada 34 keluarga masih berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang setakat jam 8 pagi tadi.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu membabitkan mangsa banjir di daerah Pekan, Rompin dan Maran, masing-masing jumlah 66 orang di Pekan, diikuti Rompin (40 orang) dan Maran pula seramai 35 orang.
Bagaimanapun, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 292 mangsa banjir daripada 85 keluarga di lapan PPS, semalam.
Sementara itu, berdasarkan maklumat Portal Public InfoBanjir bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), rekod bacaan masih melepasi paras waspada membabitkan tiga sungai di Pahang
Masing-masing, satu sungai di Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub yang mencatatkan bacaan 133.80 meter, berbanding paras amaran 133.33 meter.
Selain itu, Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi Bentong yang merekodkan bacaan 51.97 meter berbanding 51.86 meter, manakala Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran, pula merekodkan bacaan 19.76 meter berbanding 19 meter.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today