4 kanak-kanak maut, 5 cedera belon istana melayang ditiup angin kuat
MOSCOW : Tiupan angin kencang telah meragut nyawa empat murid sekolah manakala lima lagi cedera di negeri Tasmania ketika mereka sedang seronok bermain trampolin berbentuk istana ke udara sehingga mereka terpelanting.
Menurut laporan media 7News, kejadian berlaku di negeri pulau tersebut semasa sambutan akhir tahun persekolahan di Sekolah Rendah Hillcrest di bandar Devonport.
Belon istana itu terangkat beberapa meter ke udara dan terkoyak disebablan tiupan angin kencang yang melanda secara tiba-tiba.
Kesemua mangsa, dua lelaki dan dua perempuan adalah murid tahun enam, lapor media.
Menurut Pesuruhjaya Polis, Darren Hine, lima daripada kanak-kanak yang cedera dibawa ke hospital manakala empat daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
“Pada hari ketika kanak-kanak ini sepatutnya meraikan hari terakhir mereka di sekolah rendah, kita semua sebaliknya meratapi kehilangan mereka.
“Kami turut bersedih dengan kehilangan yang dialami keluarga, rakan-rakan, guru-guru dan komuniti sekolah mereka,” menurutnya.
Namun, jumlah kanak-kanak yang bermain di atas belon istana itu ketika kejadian berlaku tidak didedahkan.
Mahkamah Koroner Tasmania dan pengawal selia kerja, kesihatan dan keselamatan pulau itu melancarkan siasatan ke atas kemalangan itu.
– AGENSI