DuniaKemanusiaan

370,000 kanak-kanak di Somalia alami kebuluran akibat kemarau berpanjangan

MOGADISHU : Somalia kini menghampiri keadaan kebuluran di tengah-tengah krisis kelaparan dan pemakanan yang semakin meruncing berikutan negara itu dilanda kemarau terburuk pernah direkodkan sejak beberapa dekad.

Utusan Khas untuk Respons Kemarau, Abdirahman Abdishakur Warsame berkata, tahap bekalan makanan tidak terjamin yang melampau memberi kesan terhadap 6.1 juta rakyat Somalia, manakala 370,000 kanak-kanak berdepan kekurangan zat makanan yang teruk akibat kemarau yang berpanjangan.

“Semua pihak berkepentingan diseru untuk meningkatkan usaha bagi menyokong  komuniti yang terjejas akibat kemarau”, menurut dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kenyataan itu menekankan keperluan tindakan segera dan diselaraskan dengan baik serta menyeru agar semua rakyat Somalia bangkit untuk menyelamatkan nyawa.

Dalam pada itu, kira-kira 771,400 orang telah kehilangan tempat tinggal, mencari sumber air, makanan, dengan majoritinya adalah terdiri dari wanita dan kanak-kanak.

“Proses pilihan raya yang berpanjangan akibat dari persekitaran politik yang penuh perbalahan, krisis politik global, dan kemunculan krisis kemanusiaan di tempat lain di dunia turut menyumbang kepada tindakan yang tidak memadai terhadap ancaman kemarau dan usaha menghadapi kebuluran yang bakal berlaku di negara itu,” katanya.

Untuk rekod, kemarau yang berkait dengan perubahan iklim di Somalia adalah antara yang terburuk dalam 40 tahun dan menjejaskan 66 daerah di negara itu.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button