BanjirSemasa

37 kampung di Terengganu berisiko banjir berikutan fenomena air pasang besar

KUALA TERENGGANU : Berikutan risiko banjir berlaku akibat fenomena air pasang besar di Terengganu yang dijangka berlanjutan hingga Sabtu ini, para penduduk 37 buah kampung yang terletak berhampiran 11 muara sungai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Osman Abdullah memaklumkan fenomena itu diramal berlaku antara jam 5.30 petang hingga 11 malam berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir.

“Ketinggian ombak di Kuala Terengganu dijangka boleh melebihi paras antara 2.2 meter (m) hingga 2.6m manakala di Kemaman boleh mencecah 2.8m hingga 3.2m.

Justeru, penduduk di 37 kampung ini perlu bersedia dengan risiko banjir kesan pertembungan air dari hulu sungai dan air laut pasang,” katanya.

Kampung Pengkalan Atap, Kampung Teluk Budu, Kampung Pantai dan Kampung Nail, manakala di Muara Sungai Setiu melibatkan Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap, Kampung Limau Nipis, Kampung Kuala Setiu, Kampung Fikri merupakan kawasan yang terlibat di Muara Sungai Besut,

Di Muara Sungai Terengganu pula, kampung yang terkesan adalah Kampung Seberang Takir, Kampung Baru Seberang Takir, Kampung Ulu Takir, Kampung Pak Tuyu, Kampung Tanjung Gelam dan Kampung Pulau Rusa.

Manakala di Muara Sungai Merang kampung berisiko ialah Kampung Telaga Papan.

Tambahnya, di Muara Sungai Ibai pula, lokasi berisiko ialah Kampung Kubang Ikan, Kampung Kuala Ibai dan Taman Purnama, manakala di Muara Sungai Merchang ialah Kampung Merchang.

“Di Muara Sungai Paka, terdapat empat kampung iaitu Kampung Kuala Paka; Kampung Tebing Tembah, Kampung Pinang Merah, Kampung Durian Mentangau manakala di Muara Sungai Kemasik ialah Kampung Baru Kemasik.

“Di Muara Sungai Kemaman pula ialah Pulau Skepeng Kuala Kemaman; Pengkalan Cicar Bukit Kuang dan Kampung Bakau Tinggi.

Di Muara Sungai Dungun pula ialah Kampung Seberang Pintasan; Kampung Teluk Bidara; Kampung Tanjung Jara, Kampung Che Lijah, Kampung Alur Makbah, Kampung Bijangga, Kampung Sungai Buaya dan Kampung Sungai Udang serta Kampung Sura di Muara Sungai Sura,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk di enam kampung yang berada di lembangan Sungai Terengganu iaitu Kampung Losong, Kampung Pulau Kambing, Kampung Paloh, Kampung Teluk Pasu, Kampung Sungai Rengas dan Kampung Kubang Tangga turut perlu berhati-hati.

-Diolah dan disunting dari artikel BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button