Covid19DomestikSemasa

35 peratus kanak-kanak di Malaysia sudah menerima vaksin

Kuala Lumpur: Populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 seramai 1,272,121 individu atau 35.8 peratus menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data yang ditunjukkan dalam laman web COVIDNOW, remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun seramai 91.5 peratus atau 2,845,415 individu daripada kumpulan itu telah lengkap menerima vaksinasi mereka manakala 94.6 peratus atau 2,943,210 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Seramai 23,221,040 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala sejumlah 22,945,101 atau 97.5 peratus telah lengkap vaksinasi dan 15,530,830 individu atau 66 peratus daripada populasi dewasa di dalam negara telah lengkap menerima dos penggalak.

Sebanyak 28,377 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 5,645 suntikan pertama, 1,357 suntikan lengkap dan 21,375 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,546,897 dos.

73 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Perak merekodkan kematian tertinggi sebanyak 19 kes diikuti Selangor dan Johor masing-masing dengan 11 kes yang direkodkan menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan.

Kedah merekodkan sembilan kes, Pulau Pinang (lapan), masing-masing tiga kes di Kelantan, Melaka, Sabah dan Terengganu manakala Negeri Sembilan, Perlis dan Sarawak, masing-masing satu kes.

– BERNAMA

 

Oleh Azrina Amri Wartawan Pelatih Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button