Semasa

3,000 kanak-kanak di Turki hidap kanser setiap tahun

KAYSERI : Setiap tahun, lebih daripada 3,000 kanak-kanak di Turki didiagnosis dengan kanser.

Menurut agensi berita Anadolu.Leukemia, atau kanser darah, telah didiagnosis pada kanak-kanak seawal usia satu tahun, dan juga pada bayi baru lahir.

Menurut doktor, penyakit itu lazimnya dialami oleh mereka yang berumur 20 tahun ke bawah, begitu juga dengan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.

Menurut kenyataan bertulis yang dikeluarkan sempena Hari Kanser Kanak-Kanak Antarabangsa oleh Yayasan untuk Leukemia Kanak-Kanak (LOSEV), kanser menyerang kanak-kanak seawal usia lima tahun.

“Jenis kanser yang paling biasa ditemui di kalangan anak muda adalah leukemia. Leukemia juga boleh didiagnosis pada bayi baru lahir dan bayi di bawah umur satu tahun “seperti yang dinyatakan dalam kenyataan itu.

Kejayaan terhadap rawatan kanser dipengaruhi oleh pengesanan awal simptom serta kesedaran ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk menyelamatkan nyawa.
-AGENSI

Related Articles

Back to top button