NICE: Tiga orang awam terbunuh, termasuk seorang wanita, apabila lelaki bersenjatakan pisau menyerang sebuah gereja di Nice, Perancis.
Lelaki itu mengelar leher salah seorang mangsa, dan mencederakan beberapa yang lain sebelum ditangkap.
Sementara itu, Pendakwa Raya anti-keganasan Perancis sudah membuka siasatan berhubung kejadian itu yang disifatkan Datuk Bandar Christian Estrosi sebagai ‘serangan keganasan’.
Menurut sumber polis, dua mangsa meninggal dunia di Gereja Basilica Of Notre-Dame, di tengah-tengah bandar sementara mangsa ketiga meninggal dunia akibat cedera selepas berlindung di sebuah bar berhampiran.
Menurut jurucakap polis Florence Gavello, situasi kini adalah terkawal.
Susulan serangan itu, Ahli Parlimen bertafakur selama seminit hari ini sebelum Perdana Menteri Jean Castex dan menteri lain mengadakan pertemuan tergempar dengan Presiden Emmanuel Macron.
Serangan terbaru ini berlaku beberapa hari selepas ribuan menyatakan sokongan kepada guru Sejarah yang dipenggal kerana memaparkan Nabi Muhamad kepada anak muridnya.
Estrosi juga membandingkan serangan tersebut dengan insiden seorang guru, Samuel Paty yang dipenggal baru-baru ini.-AFP
Terjemahan Aqilah Othman untuk UmmahToday