Dunia

Jet pejuang AS tersilap mendarat, 7 tentera laut cedera

WASHINGTON : Insiden pesawat pejuang melakukan kesilapan ketika mendarat di kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) telah mencederakan tujuh tentera laut AS.

Menurut armada Pasifik AS, kejadian berlaku dalam operasi penerbangan rutin di mana pesawat tempur F-35C cuba mendarat di USS Carl Vinson.

“Tujuh anak kapal cedera, tiga daripadanya dibawa ke Manila, Filipina untuk rawatan tetapi keadaan mereka stabil. Empat lagi yang cedera dirawat di atas kapal.

“Juruterbang pesawat itu berada dalam keadaan stabil selepas melonjak keluar dan diselamatkan helikopter,” katanya.

Namun, tiada butiran diberikan mengenai punca kejadian dan insiden masih dalam siasatan.

Vinson dan sebuah lagi kapal induk AS, USS Abraham Lincoln serta pasukan tempur memulakan latihan Laut China Selatan sejak Ahad lalu selepas tamat latihan bersama tentera laut Jepun di Laut Filipina minggu lalu.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button