DuniaSemasa

29 cedera tembakan rambang di stesen kereta api Brooklyn

NEW YORK : Seramai 10 orang awam ditembak dalam insiden tembakan rambang di stesen kereta api bawah tanah Brooklyn, semalam.

Menurut Jabatan Bomba New York, 29 orang cedera dan lima lagi cedera parah sedang menerima rawatan di hospital Brooklyn.

Kejadian dilaporkan berlaku apabila Jabatan Bomba New York bergegas ke lokasi selepas menerima aduan kelihatan kepulan asap di kawasan kejiranan Sunset Park Brooklyn, kira-kira jam 8:30 pagi.

29 orang cedera dalam tembakan rambang di kereta api bawah tanah Brooklyn

Dalam kejadian tersebut, pihak polis mendapati suspek dilihat berkelakuan aneh sebelum memakai topeng gas sekali gus melepaskan bom asap dan 33 kali tembakan rambang dilepaskan ke arah orang ramai.

Merujuk laporan berita antarabangsa, suspek didapati seorang lelaki berbadan besar dan memakai ves hijau jenis seragam pekerja binaan.

Selain itu, pihak berkuasa turut menemui sebuah van U-Haul yang diletakkan di jalan raya tidak jauh daripada tempat kejadian.

Van U-Haul yang dijumpai berdekatan tempat kejadian
Sumber penguatkuasaan undang-undang menjumpai sebuah beg di hentian kereta api bawah tanah 36th Street yang mengandungi bunga api gred komersial dan bom asap

Sementara itu, pihak penguatkuasa undang-undang memberitahu pistol separa automatik Glock dan beg seperti tote dengan kapak, penyembur lada, dua tong gas dan bom tangan asap ditemui di stesen kereta api bawah tanah.

Jurucakap Fabien Levy, berkata kejadian itu sudah dimaklumkan kepada Datuk Bandar New York, Eric Adams, yang sedang menghidapi COVID-19.

“Ketika kami mengumpulkan lebih banyak maklumat, kami meminta warga New York menjauhi kawasan itu demi keselamatan dan supaya responden pertama dapat membantu mereka yang memerlukan dan menyiasat,” kata Levy di Twitter.

CNN melaporkan polis kini sedang memburu seorang lelaki bernama Frank R James, 62, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan tersebut.

Pesuruhjaya Jabatan Polis New York (NYPD) Keechant Sewell berkata polis tidak menyiasat kes tersebut sebagai serangan pengganas.

 

Related Articles

Back to top button