Jabatan Meteorologi Malaysia turut meramalkan cuaca ribut petir akan melanda seluruh daerah negeri berkenaan pada sebelah petang manakala Hilir Perak diramal hujan pada waktu malam.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat kekal 27 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 Segamat yang dipindahkan susulan limpahan air dari Sungai Muar akibat hujan lebat.
Data Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan paras air Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat melepasi paras amaran dengan bacaan 19.88 meter manakala Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat pada paras amaran iaitu 8.94 meter dan Sungai Sembrong di Batu Pahat pada paras waspada dengan bacaan 10.06 meter.
Di PAHANG, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di 11 PPS yang beroperasi di negeri itu meningkat kepada 573 orang berbanding 561 orang malam tadi.
Temerloh merupakan daerah paling ramai mangsa dengan 383 orang di sebuah PPS diikuti Lipis (dua PPS, 89 mangsa), Raub (lima PPS, 53 mangsa), Jerantut (satu PPS, 20 mangsa) dan Bera (dua PPS, 28 mangsa).
Sekretariat JPBN Pahang juga melaporkan dua sungai di negeri itu telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Triang di Bera dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran manakala empat lagi berada di paras amaran termasuk Sungai Belat di Kuantan.
Jabatan Meteorologi pula meramalkan hujan di Raub pada pagi ini, manakala daerah lain yang terjejas banjir diramal mengalami ribut petir di beberapa kawasan pada hari ini.
Di KELANTAN, 1,157 orang daripada 376 keluarga ditempatkan di lima PPS di Rantau Panjang, Pasir Mas iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh (590 orang), SK Gual Periok (323), Masjid Mukim Padang Licin (46), PPS Putat Tujoh (83) dan SK Kubang Kual (115).
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 659 orang daripada 168 keluarga berbanding 593 orang daripada 151 keluarga malam tadi dengan sebanyak 11 PPS sedang beroperasi.
Sekretariat JPBN Terengganu dalam kenyataan memaklumkan Kemaman merupakan daerah paling terkesan iaitu seramai 305 mangsa ditempatkan di empat PPS iaitu Kuala Nerus (216 orang di dua PPS), Kuala Terengganu (92 orang di dua PPS), Dungun (42 orang di dua PPS) dan Setiu (empat mangsa di satu PPS).
BACA JUGA
Aktivis MAPIM bertindak segera bantu ummah di Bangi Lama
Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038