JOHOR BAHRU : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah akan berjumpa Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru guru yang enggan menerima vaksin.
Baru-baru ini, dilaporkan seramai 779 guru di Johor menolak vaksin Covid-19.
Sehubungan itu, Tunku Ismail menerusi ciapan dalam laman Twitter bertitah, keutamaan adalah untuk mengatasi pandemik itu secepat mungkin supaya rakyat dan negeri boleh kembali serta meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru-guru tersebut dalam masa terdekat. Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa,” titah baginda.
Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru guru tersebut dalam masa terdekat. Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa. https://t.co/gOe15L6RKQ
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) August 22, 2021
Oleh Nurshazlin Shahrom