Semasa

25 laluan baru disediakan untuk para jemaah umrah di Masjidil Haram

MAKKAH : Ketua Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci telah memperuntukkan 25 laluan baru di Masjidil Haram di Mekah untuk memberi keselesaan kepada pengunjung, sambil mengambil langkah berjaga-jaga.

Hal ini berikutan peningkatan jumlah jemaah yang menunaikan ibadah umrah.

Mereka menampal pelekat sebagai penanda jarak fizikal di 25 laluan baru di sekitar kawasan tawaf sebagai persiapan musim Umrah.

Ia juga memperuntukkan jalan bagi orang kurang upaya sesuai dengan langkah berjaga-jaga.

Ruang solat baharu di dalam Masjidil Haram juga disediakan untuk jemaah bagi memastikan keselamatan mereka.

Pihak berkuasa Arab Saudi menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan di Dua Masjid Suci.

Sebelumnya, presiden mengumumkan bahawa setakat ini telah melatih sekitar 600 pekerja wanita dari agensinya atau agensi bantuan.

Agensi Hal Ehwal Pembangunan Wanita, yang diketuai oleh Al-Anoud Al-Aboud, timbalan presiden hal ehwal pembangunan wanita, melantik 310 dari kalangan wanita tersebut.

Kira-kira 200 wanita bekerja untuk Urusan Ilmiah, Intelektual dan Bimbingan Wanita, yang diketuai oleh Noura Al-Thuwaibi.

Selebihnya wanita terlatih bekerja di Badan Urusan Pentadbiran dan Perkhidmatan Wanita, di bawah pimpinan Kamelia Al-Daadi, kata presiden.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button