Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
KHAN YUNIS: Dianggarkan 20 rakyat Palestin cedera dalam tragedi pertempuran tentera Israel di sempadan Gaza.
Menurut pasukan perubatan Gaza, rejim Zionis melepaskan lima das tembakan peluru hidup ke arah penduduk Palestin.
Dilaporkan, tembakan itu dibuat sebagai tindak balas kumpulan penunjukk perasaan yang melemparkan batu ke arah pasukan tentera.
Sebelum berlakunya pertempuran, pejuang Hamas membentuk halangan manusia bagi mengelakkan rakyat Palestin menghampiri pagar semapdan.
Walau bagaimanapun, halangan tersebut gagal hingga mencetuskan ketegangan dengan tentera Israel.
Menerusi ciapan Twitter tentera Israel mendakwa kira-kira 1,000 penunjuk peraaan terdiri daripada penduduk Palestin berhimpun di tempat kejadian.
Terdahulu, tentera Israel menambah anggotanya bagi mengawal sempadan wilayah tersebut ekoran kematian seorang askar Zionis dan seorang lelaki Palestin berusia 32 tahun.
Sabtu lalu, Israel melancarkan serangan udara ke atas empat sasaran Hamas.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam serangan itu.
Agensi
Oleh Nurshazlin Shahrom