DuniaSemasa

20 maut tembakan rambang pengganas di Sokoto, Nigeria

BAUCHI : Sekurang-kurangnya 20 maut di Sokoto, Nigeria selepas beberapa lelaki melepaskan tembakan rambang di sebuah pasar pada Sabtu, kata pihak berkuasa tempatan.

Menurut Penasihat khas menteri Sokoto, Idriss Gobir kepada Reuters, terdapat sekumpulan lelaki menaiki motosikal lalu melepaskan tembakan secara rambang serta melakukan kekecohan sehingga mengorbankan beberapa penduduk tempatan.

“Penyamun tersebut melepaskan tembakan sehingga 20 maut dan membakar sembilan kenderaan orang awam.” kata Idris.

Ahli Parlimen Sokoto, Hussain Boza berkata kejadian tersebut terjadi disebabkan kekurangan pihak keselamatan di negeri berkenaan.

Jurucakap polis Sokoto mengesahkan serangan itu, bagaimanapun, angka kematian sebenar masih belum dikeluarkan.

Beberapa kawasan di Sokoto kini berada di bawah sekatan telekomunikasi bertujuan mengehadkan perhubungan antara ahli kumpulan pengganas.

Khamis lalu, pihak berkuasa menyelamatkan 187 orang yang telah diculik oleh kumpulan bersenjata di Zamfara

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button