DuniaSemasa

2 maut berpaut pada roda pesawat keluar dari Afghanistan

KABUL : Dua warga Afghanistan maut ketika berpaut pada roda pesawat dalam cubaan melarikan diri dari ibu kota Afghanistan, Kabul.

Tular satu video berdurasi satu minit, memaparkan segerombolan penduduk Afghanistan terdesak untuk keluar dari Kabul ekoran krisis militan Taliban menakluki negara itu.

Menurut ciapan di Twitter Tehran Times, dua mangsa yang terdesak untuk melarikan diri dari Afghanistan itu terjatuh ketika pesawat berkenaan berlepas.

Setakat ini, dilaporkan kira-kira lima orang terkorban di Lapangan Terbang Kabul ketika ratusan penduduk memaksa diri memasuki pesawat dalam usaha meninggalkan ibu kota itu.

Reuters memaklumkan kematian dua warga Kabul itu tidak jelas sama ada terjatuh akibat diasak orang ramai  atau ditembak.

Kini, lapangan terbang dipenuhi ribuan penduduk Kabul cuba untuk meninggalkan negara itu.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button