DuniaSemasa

19 wartawan Palestin ditahan Israel

RAMALLAH : Jawatankuasa Pelindung Wartawan (CPJ) memaklumkan bahawa zionis Israel telah menahan 19 wartawan Palestin.

Jawatankuasa itu meminta organisasi antarabangsa untuk campur tangan dan melindungi hak bersuara di Palestin.

Dalam satu kenyataan yang mengulas penangkapan wartawan Ahmad Qatamesh di Al Bireh, Tebing Barat, CPJ mengatakan bahawa “jumlah wartawan yang dipenjara oleh Israel meningkat kepada 19 orang susulan penangkapan Qatamesh, termasuk lima penulis dan akademik.

Ahmad Qatamesh, 69, adalah seorang pengarang dan bekas tahanan, yang menghabiskan 14 tahun di penjara Israel selepas ditangkap berkali-kali.

“Pihak berkuasa Israel terus menjadikan wartawan Palestin sebagai sasaran, penulis, dan akademik mengenai pandangan dan aktiviti mereka di platform media sosial dan karya mereka, dengan alasan menyebarkan maklumat palsu”, kata CPJ.

Dalam pada itu, mereka turut meminta masyarakat dan organisasi antarabangsa untuk “campur tangan dan melindungi hak kebebasan bersuara rakyat Palestin tanpa sekatan,”.

Untuk rekod, rejim Israel telah menangkap hampir 4600 tahanan politik Palestin, termasuk 35 wanita dan sekitar 200 kanak-kanak, menurut statistik Persatuan Tawanan yang dikeluarkan pada September lalu.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

_____________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button