BAITULMAQDIS: Seramai 19 anggota kumpulan Jihad Islam telah ditangkap oleh tentera Zionis Israel di Tebing Barat, di samping melancarkan serangan yang mensasarkan kubu mereka di Semenanjung Gaza.
Tentera Israel dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa anggota dan ejennya dari agensi keselamatan dalaman, Shin Bet telah melaksanakan operasi untuk menahan pejuang Jihad Islam yang mereka anggap sebagai pengganas.
According to the Shin Bet, Saadi made great efforts recently “to rehabilitate Islamic Jihad activities" in the West Bank. But his arrest triggers fear of Islamic #Jihad response from Gaza.https://t.co/LnZyPRCh8d
— Ezzedine Fishere عزالدين شكري فشير (@FishereEzzedine) August 3, 2022
Pertempuran semakin tegang di Gaza tercetus selepas Israel menahan Bassem al-Saadi di Tebing Barat, seorang komander kanan Jihad Islam yang didakwa mendalangi beberapa serangan.
Israel mendakwa pejuang Jihad Islam di Gaza merancang serangan di selatan Israel sebagai tindak balas terhadap penahanan Bassem, sekali gus memaksanya melancarkan serangan balas.
#UPDATE: Bassem Al-Saadi, a senior figure in Islamic Jihad’s political wing in the #WestBank, has been arrested by Israeli forces, along with two others, in #Jenin; 17-year-old Dirar Al-Kafrayni was shot dead during the raid https://t.co/Eul2PFlyRZ pic.twitter.com/wAbflEKhw7
— Arab News (@arabnews) August 2, 2022
Dalam pada itu, jet Israel menyerang lokasi kubu Jihad Islam beberapa jam selepas serangan udara Israel di kawasan kejiranan mengorbankan sekurang-kurangnya 11 individu termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Alaa Qaddum manakala 55 orang lagi mengalami kecederaan.
Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz, pula meluluskan perintah mengerahkan 25,000 tentera simpanan jika perlu, manakala tentera Israel mengumumkan ‘keadaan khas’ di negara itu, dengan sekolah ditutup dan pergerakan masyarakat dihadkan dalam lingkungan 80 kilometer dari sempadan.
🔴 UPDATE:
– The Palestinian Authority has called on Israel to halt operations, condemning the attack on Gaza
– Israel's Defence Minister Benny Gantz said the military will call up as many as 25,000 reservist troops
(📸: MEE/ Mohammed al-Hajjar)https://t.co/7XpgCBePk6 pic.twitter.com/dooUtUn1ts
— Middle East Eye (@MiddleEastEye) August 5, 2022
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia