Semasa

1,870 pelarian Iraq telah pulang ke tanah air

Baghdad : Lebih 1,870 pelarian Iraq yang terkandas di sempadan Belarus telah pulang ke tanah air, menurut Iraqi Airways.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu, setakat ini 1,876 warga Iraq telah pulang ke negara mereka dari ibu negara Belarus Minsk dalam penerbangan pemindahan.

Penerbangan diteruskan dari hari Ahad dan Isnin, tambahnya.

Menurut Agensi Akhbar Poland, ramai pencari suaka cuba menyeberangi sempadan bagi memasuki Poland dari Belarus, di mana kini terdapat kira-kira 4,000 pencari suaka yang terkandas pada awal November.

EU menuduh Presiden Belarus Alexander Lukashenko menyelaraskan ketibaan gelombang pendatang  ke pinggir timur blok itu sebagai tindak balas kepada sekatan Eropah yang dikenakan ke atas negaranya selepas “penindasan kejam” rejimnya terhadap pembangkang.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

 

Related Articles

Back to top button