NAMPULA : 17 maut, manakala 40 cedera dalam insiden Taufan Gombe yang melanda Mozambique sehingga meninggalkan kesan kepada lebih 30,000 penduduk.
Susulan cuaca teruk yang melanda selatan Afrika kini, hujan lebat dan angin kencang sehingga 170 kilometer sejam turut melanda wilayah Nampula yang terletak di utara Lautan Hindi serta wilayah Zambezia.
Jurucakap dari Institut Pengurusan Risiko Kebangsaan Mozambique, Cesar Tembe berkata Taufan Gombe yang membadai kawasan tersebut lebih teruk jika dibandingkan dengan Taufan Idai.
“Bagaimanpun, nasib baik taufan ini tidak mempunyai kesan sama dari segi kemusnahan dan ternyata kehilangan kekuatan pada awalnya.” kata Tembe.
Menurut laporan pihak berkuasa, Taufan Gombe ini bergerak ke arah Malawi, sehingga mengakibatkan penambahan lima kematian dilaporkan semalam.
Terdahulu, Mozambique pernah dilanda Taufan Idai pada tahun 2019 dan ia merupakan ribut paling ganas yang melanda negara itu.
Dianggarkan 80 ribut tropika atau taufan berlaku di perairan tropika di seluruh dunia setiap tahun dan taufan di selatan Afrika terjadi antara November hingga April.