Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
ISLAMABAD : Sekurang-kurangnya 17 mangsa banjir di Pakistan maut akibat melecur apabila bas yang mereka naiki terbakar ketika dalam perjalanan pulang di selatan negara itu.
Menurut Siraj Qasim Soomro, Setiausaha Kesihatan Parlimen, sekurang-kurangnya 17 penumpang meninggal dunia, manakala 10 lagi telah menerima rawatan perubatan kerana kecederaan.
Ketika kejadian itu berlaku di lebuh raya M-9 yang menghubungkan bandar pelabuhan Karachi dengan Hyderabad dan Jamshoro di wilayah Sindh, terdapat kira-kira 35 penumpang di dalam bas itu.
Menurut polis, api bermula di bahagian belakang bas dan merebak ke seluruhnya, manakala Canberra Times mendakwa punca kebakaran tidak dapat dikenal pasti.
Menurut Pesuruhjaya Daerah Jamshoro Asif Jameel, penumpan bas terdiri daripada mereka yang terjejas oleh banjir, dan mereka dalam perjalanan pulang ke daerah Dadu dengan menggunakan pengangkutan persendirian.
Beberapa penumpang melompat keluar dari tingkap bagi melarikan diri daripada api yang besar.
Pakistan mempunyai kadar kemalangan maut yang tinggi, yang kebanyakannya berpunca daripada kelajuan, keadaan jalan di bawah paras dan penggunaan kenderaan yang tidak betul.
Terdahulu, individu maut dalam kemalangan besar di lebuh raya berhampiran Multan, Punjab Selatan apabila terhempas dengan sebuah kapal tangki minyak pada 20 Ogos.
Lebih 100 individu kehilangan nyawa apabila sebuah kapal tangki minyak di kawasan itu terbakar pada 2017.
Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi
Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066
atau layari laman web:
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016