Semasa

1,669 murid di Selangor tiada ibu bapa akibat Covid-19

PUTRAJAYA: Sejumlah 1,669 murid di Selangor menjadi anak yatim ekoran kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya atau penjaga yang disebabkan wabak Covid-19 di negeri tersebut.

Berita yang agak mendukacitakan itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff menerusi kenyataan akhbar di sini.

“Secara keseluruhannya, ada sejumlah 4,422 murid yang terlibat kehilangan ibu atau bapa atau kedua-dua atau penjaganya di seluruh negara sehingga 13 September lepas,” jelas beliau.

Data terbaharu itu berdasarkan statistik Kementerian Pendidikan yang menunjukkan Selangor sebagai paling tinggi, malahan jauh meninggalkan Johor di kedudukan kedua sebanyak 578.

Diikuti Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur (488), Kedah (389), Negeri Sembilan (208), Melaka (196), Pulau Pinang (179), Kelantan (130), Pahang (114), Sarawak (110) dan Sabah (106).

Baki berikutnya pula merekodkan angka di bawah 100 dengan paling sedikit dicatatkan Perlis hanya tujuh murid, WP Labuan (45), WP Putrajaya (48), Terengganu (65) dan Perak (90).

Siti Zailah memaklumkan, jika diteliti pecahan kes melibatkan kedua-dua ibu bapa meninggal dunia akibat Covid-19 sebanyak 154 murid dengan Selangor juga kekal tertinggi iaitu 107.

Ini disusuli WP Kuala Lumpur merekodkan cuma 13 murid, Johor (12), Kedah (10), Perak (4), Melaka (3), Negeri Sembilan (2) serta masing-masing satu di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Tiada murid dikesan Kementerian Pendidikan yang terus menjadi anak yatim piatu akibat wabak maut itu di Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu, WP Labuan dan WP Putrajaya.

Bagaimanapun, statistik itu mendapati ramai murid kematian bapa disebabkan pandemik ini yang merekodkan 2,687 murid dengan Selangor turut kekal paling tinggi iaitu 993 murid.

Ini diekori jauh oleh Johor sebanyak 324 murid, WP Kuala Lumpur (299), Kedah (226), Negeri Sembilan (152), Pulau Pinang (130), Melaka (120), Pahang dan Sabah masing-masing 77.

Perlis sekali lagi merekodkan kes terkecil murid kematian bapa iaitu tiga diikuti WP Labuan (19), WP Putrajaya (29), Terengganu (46), Perak (51), Sarawak (67) dan Kelantan (74).

Dalam pada itu, 1,441 murid lagi hanya kehilangan ibu ekoran Covid-19 dengan Selangor masih tertinggi iaitu 522, disusuli Johor (220), WP Kuala Lumpur (159) dan Kedah (138).

Selebihnya bawah angka 100 murid dengan paling sedikit kekal di Perlis iaitu tiga diikuti Terengganu, (17), WP Putrajaya (18), WP Labuan (23), Sabah (26), Perak (28), Pahang (33).

Sarawak (37), Pulau Pinang (47), Kelantan (50), Negeri Sembilan (51) dan Melaka (69).

Kementerian Pendidikan ujar Siti Zailah, juga menyenaraikan data bilangan anak yatim piatu yang kematian penjaga mereka pula akibat Covid-19 sebagai 140 murid di seluruh negara.

Selangor juga paling ramai dengan 47 murid, diikuti Johor (22), WP Kuala Lumpur (17), Kedah (15), Perak (7), Kelantan dan Sarawak masing-masing lima, Melaka dan Pahang masing-masing empat.

WP Putrajaya dan Perlis berkongsi paling sedikit iaitu masing-masing seorang, Terengganu, Pulau Pinang dan Sabah masing-masing dua serta WP Labuan dan Negeri Sembilan masing-masing tiga.

UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button