DHAKA : 16 orang telah terbunuh manakala pengantin tercedera akibat dipanah petir beberapa kali selang beberapa saat dalam satu majlis perkahwinan di Bangladesh.
Menurut pegawai pentadbir kerajaan, Sakib Al-Rabby, kumpulan berkenaan baru saja turun daripada bot di bandar tepi sungai Shibganj untuk berteduh daripada ribut sebelum dipanah petir,
Difahamkan Cox’s Bazar telah dilanda hujan lebat selama seminggu dan setakat ini telah menyebabkan 20 kematian, termasuk enam pelarian Rohingya.
Menurut perhitungan rasmi, terdapat lebih daripada 200 kematian petir pada tahun 2016, dengan 82 orang mati pada satu hari pada bulan Mei.
Walau bagaimanapun, banyak kematian tidak pernah direkodkan secara rasmi, dan satu monitor bebas mengira sekurang-kurangnya 349 kematian akibat serangan kilat.
Beberapa pakar mengatakan aktiviti penebangan hutan telah meningkatkan jumlah kematian.
Sehubungan dengan itu, Bangladesh telah menanam ratusan ribu pokok palma dalam usaha meredakan kesan perubahan iklim dan mengurangkan jumlah kematian akibat kilat.
-AGENSI
Diterjemah oleh Hafeez Anuar