TASMANIA : Pihak berkuasa hidupan liar Australia sedang menyiasat kematian 14 ikan paus yang ditemui terdampar di King Island, Tasmania pada petang Isnin.
Kumpulan Program Konservasi Marin Kebangsaan pergi ke pulau itu pada Selasa menjalankan proses nekropsi ikan paus untuk mengenal pasti punca kematian.
Ahli biologi dan doktor haiwan dari agensi pemuliharaan negeri telah pergi ke pulau kecil itu untuk membuat tinjauan udara, namun tiada ikan paus yang lain ditemui terdampar di kawasan berdekatan.
Australian wildlife authorities are investigating the deaths of 14 young sperm whales that were found beached on an island off of the southeastern coast. Officials say the whales were discovered on King Island, part of the state of Tasmania. https://t.co/DPYiZf7ncz
— The Goshen News (@YourGoshenNews) September 21, 2022
Menurut pakar biologi hidupan liar, Kris Carlyon, kejadian seperti ini berlaku kebiasaannya disebabkan ikan paus itu tersasar daripada laluan selepas mencari makanan berhampiran dengan daratan.
Dalam pada itu, pelayar dan perenang diberi amaran untuk menjauhi kawasan berhampiran ikan paus itu kerana kemungkinan bangkai haiwan itu mampu menarik perhatian jerung.
Untuk rekod, pada 2020, kira-kira 470 ekor ikan paus pilot bersirip panjang ditemui terdampar di beting pasir di luar pantai barat Tasmania.
Ia menjadikan kejadian hidupan laut itu yang pernah terkandas sebagai yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah Tasmania.