13 orang awam maut ditembak pasukan keselamatan India
NEW DELHI : Seramai 13 orang awam terbunuh di negeri Nagaland, timur laut negara itu dalam kejadian serangan sebuah trak oleh pasukan keselamatan India.
Pegawai polis tempatan, Sandeep M. Tamgadge berkata mereka kemudian bertindak melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berkumpul untuk membantah serangan tersebut.
“Seluruh daerah Mon kini berada dalam keadaan yang sangat tegang. Kami dapat mengesahkan 13 kematian termasuk seorang buruh dari luar Nagaland.
Mengulas lanjut, pasukan keselamatan bertindak melakukan serangan hendap dan menembak mati enam buruh yang sedang dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Kampung Oting.
Anggota keluarga mangsa kemudian keluar mencari lelaki-lelaki yang hilang itu. Kumpulan itu menyoal pasukan keselamatan selepas menemui mayat mereka.
“Kumpulan berkenaan kemudian pergi ke tempat pasukan keselamatan tempatan untuk mencabar dan menyoal siasat mereka berhubung kematian tersebut.
“Ketika itu, konfrontasi tercetus antara kedua-dua belah pihak dengan anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan dan membunuh tujuh yang lain,” tambahnya.
Sementara itu, tentera India menyatakan dalam satu kenyataan bahawa pihaknya bertindak berdasarkan maklumat risikan sahih dalam menjejaki pejuang pemberontak yang beroperasi di kawasan itu.
Tambahnya, seorang anggota pasukan keselamatan turut terbunuh dalam insiden kedua, manakala sebilangan yang lain cedera.
– AGENSI