MURREE : Lebih 20 orang terkorban setelah ribut salji lebat menyebabkan ribuan kereta terperangkap di jalan sesak menuju sebuah resort pelancongan di pegunungan Pakistan.
Lapan daripada mangsa berasal dari keluarga polis Islamabad Naveed Iqbal, yang meninggal bersama isteri dan enam anaknya.
Pihak polis memaklumkan kebanyakan mangsa terkorban kerana kesejukan di dalam kereta mereka. Ada juga yang meninggal karena sesak nafas, setelah menyalakan pemanas kenderaan mereka agar tetap hangat setelah terperangkap di jalan.
Salji setinggi lebih dari empat kaki turun di kota lereng bukit pada Jumat (7/1/2022) malam, memerangkap pelancong dan menghalang semua lalu lintas masuk ke Murree, sekitar 70 km timur laut ibu kota Islamabad, pada hari berikutnya.
Menteri Dalam Negeri Pakistan Sheikh Rashid mengatakan tentera telah dikerahkan bagi membersihkan jalan dan menyelamatkan ribuan orang yang masih terperangkap. Ketua menteri menteri Punjab mengatakan daerah itu telah dinyatakan sebagai ‘daerah bencana’ dan mendesak orang ramai bagi menjauhinya.
Tentara, termasuk unit askar gunung, dipanggil bagi membantu upaya menyelamat. Ribuan kendaraan sudah mulai dibebaskan pada Sabtu (8/1/2022) pagi, meskipun ribuan lainnya masih terperangkap di daerah tersebut.
Murree adalah kota pelancongan popular pada musim dingin. Tempat ini menarik lebih dari satu juta pelancong setiap tahun meskipun jalan-jalan menuju kota sering terhalang oleh salji pada musim sejuk.