Semasa
116 mangsa banjir di Sabah
KOTA MARUDU : 116 orang melibatkan 38 keluarga telah dipindahkan selepas kampung mereka ditenggelami air, sejak malam tadi.
Kesemua mangsa yang terdiri daripada 56 lelaki dan 60 wanita ditempatkan di Dewan St Theresa dan Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Gosen.
Menurut wakil Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah, sebaik mengetahui keadaan mangsa, kumpulannya melancarkan operasi pemindahan.
Ketika dihubungi hari ini, beliau menjawab, “Operasi itu menampilkan sepuluh anggota dengan kenderaan dan bot.”
Pihaknya mendakwa, sedang giat memantau zon berisiko tinggi bagi menjamin keselamatan rakyat.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM