Covid19Semasa

11 kes baharu di Sarawak perlukan ventilator

KUCHING : 11 daripada 587 kes baharu Covid-19 di Sarawak pada Sabtu melibatkan jangkitan paru-paru memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak baki 576 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

“Pertambahan kes menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 235,802.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 156 kes diikuti Miri (120), Sibu (84) dan Bintulu (32),” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button