BanjirSemasa

10 sekeluarga berdepan detik cemas terperangkap kepala air

HULU SELANGOR: Seramai 10 ahli keluarga termasuk 6 kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam insiden kepala air di Air Terjun Sungai Pinang, Batang Kali pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, ketika dihubungi berkata kesemua mangsa yang berusia lingkungan 6 hingga 63 tahun itu diselamatkan pada 8:21 malam selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4:36 petang.

Beliau berkata 7 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan itu.

Semua mangsa berasal dari Sungai Buloh.

Norazam turut mengingatkan pengunjung tempat rekreasi supaya sentiasa peka dan mengenalpasti tanda awal kepala air termasuk perubahan warna air sungai, banyak sampah sarap, ranting, dahan atau batu yang hanyut secara tiba-tiba.

BACA JUGA
Aktivis MAPIM bertindak segera bantu ummah di Bangi Lama

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button