DomestikSemasa

10 Ramadan Akhir: MAPIM Malaysia Santuni Keluarga Asnaf di Utara

Kedah, 23 Mac – Sukarelawan MAPIM bersama MAPIM Rangers berjaya melaksanakan misi kemanusiaan pada hari pertama di Kedah dengan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf, pesakit kronik, dan anak yatim.

Misi ini diketuai oleh Bendahari MAPIM, Tuan Hidayat, bersama ahli pasukan lain, iaitu Tuan Aiman, Azmir, dan Fadzli. Mereka telah menziarahi 15 buah rumah asnaf di tiga kawasan utama, iaitu Pokok Sena, Changlun, dan Jitra.

Menurut Tuan Hidayat, misi ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk membantu golongan memerlukan, terutama mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana dapat melaksanakan amanah ummah ini dengan baik. Setiap sumbangan yang diberikan adalah hasil keprihatinan masyarakat, dan kami hanya menjadi perantara untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan,” katanya.

Program ini turut mendapat sokongan daripada beberapa individu dan organisasi, termasuk wakil Mapim Ranger, Cikgu Anip, Abang Azam, serta Setiausaha YB Kuala Nerang, Tuan Syakir. Kehadiran mereka membantu memastikan kelancaran misi dalam menyampaikan sumbangan kepada penerima.

Misi bantuan ini akan diteruskan di lokasi lain dalam masa terdekat bagi memastikan lebih ramai golongan yang memerlukan mendapat manfaat.

Related Articles

Back to top button