PalestinSemasa

10 rakyat Palestin terkorban dalam serangan israel di Nablus

NABLUS : Tentera israel telah membunuh sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin termasuk seorang lelaki berusia 72 tahun dan seorang budak lelaki berusia 14 tahun  dalam serbuan ke atas Nablus, di Tebing Barat.

Kementerian kesihatan Palestin berkata sekurang-kurangnya 102 orang cedera pada hari Rabu akibat serangan tentera israel, termasuk 82 terkena peluru hidup dan enam berada dalam keadaan kritikal.

Kementerian Kesihatan mengenal pasti 10 mereka sebagai Adnan Saabe Baara, 72, Abdul Hadi Abdul Aziz Ashqar, 61, Mohammad Farid Shaaban, 16, Tamer Nimr Minawi, 33, Mohammad Khaled Anbousi, 25, Musab Munir Awais, 26, Hussam Bassam Isleem, 24 , dan Mohammad Abdul Fattah Abdul Ghani, 23, Walid Riyad Dkhail, 23, dan Jaser Jamil Qanier, 23, maut akibat tembakan tentera israel.

Dua orang wartawan turut mengalami cedera ringan akibat terkena peluru hidup ketika membuat liputan mengenai pencerobohan tentera itu.

Tentera israel menyerbu masuk ke Nablus dengan berpuluh-puluh kenderaan perisai dan pasukan khas pada 10 pagi (08:00 GMT), mencetuskan konfrontasi yang besar. Askar itu mengepung sebuah rumah yang diduduki oleh dua pejuang Palestin yang dikehendaki, Hossam Isleem dan Mohammad Abdulghani, dan kedua-duanya terbunuh.

Kumpulan bersenjata Lions’ Den berkata dalam satu kenyataan bahawa ia terlibat dalam pertempuran dengan tentera israel semasa serbuan, bersama Briged Balata yang diumumkan baru-baru ini.

Jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera israel sejak awal 2023 kini meningkat kepada 61 orang, termasuk 13 kanak-kanak, di wilayah yang diduduki.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button