Semasa

10 pelarian terkorban selepas 13 jam terkandas di tengah laut

MILAN : 10 pelarian maut di dalam sebuah bot kayu yang menampung kira-kira lebih 99 pelarian yang tersadai di tengah laut Mediterranean selama 13 jam, lapor agensi berita AP.

Menurut Persatuan Penyelamat Perancis Doctors Without Borders (MSF) , dipercayai kesemua yang maut disebabkan sesak nafas berikutan bot yang terlampau padat.

“10 kematian yang mampu dielakkan, 10 maut akibat sesak nafas selepas 13 jam hanyut di tengah lautan yang boleh membawa maut. Bagaimana ini masih berlaku pada tahun 2021?” kata persatuan penyelamat tersebut menerusi ciapan Twitter.

Ribuan pelarian dilaporkan maut dalam cubaan memasuki sempadan Eropah yang perlu merentasi tengah lautan Mediterranean untuk meninggalkan negara masing-masing.

Berdasarkan maklumat Agensi Migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Flavio Di Giacomo, pada tahun ini sahaja, seramai 1,236 pelarian maut ketika merentasi lautan tersebut.

Lebih daripada 59,000 pencari suaka telah berjaya melepasi sempadan Itali dan sepanjang tempoh 2014-2017, lebih 50 peratus pelarian sanggup mempertaruhkan nyawa menaiki bot demi mencari tempat perlindungan yang lebih selamat.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button