1 Zulkaedah ditetapkan pada Rabu 1 Jun 2022
Shah Alam: Jabatan Mufti Negeri Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa umat Islam di seluruh negara masih meraikan Aidilfitri hari ini.
Menerusi Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor semalam, berdasarkan data kedudukan bulan dan matahari menjelaskan Syawal berakhir hari ini.
“Semalam, 30 Mei 2022 bersamaan 29 Syawal 1443H. Ijtimak bulan dijangka berlaku pada 30 Mei 2022 jam 7:32 malam,
“Berdasarkan data-data kedudukan bulan dan matahari ketika matahari terbenam pada hari ini iaitu hari Isnin, 29 Syawal 1443H mendapati kedudukan bulan tidak memenuhi Kriteria Imkanurrukyah,” katanya di dalam Facebook.
Jabatan Mufti Negeri Selangor turut memuatnaik info grafik berkenaan hebahan itu.
Tambahnya lagi, pada hari ini bersamaan 31 Mei 2022 iaitu hari selasa adalah bersamaan dengan 30 Syawal 1443H.
“Oleh itu, 1 Zulqa’dah 1443H ditetapkan pada hari Rabu, 1 Jun 2022,” katanya.
Jabatan Mufti Negeri Selangor memaklumkan hebahan sedemikian melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi petang semalam.