DuniaKemanusiaanPalestin

Wartawan sebagai sasaran adalah jenayah perang!

1 maut, 18 terbunuh, bangunan media roboh dibom

GAZA : Walaupun gencatan senjata telah dimeterai hari ini, kemusnahan yang tercipta selepas serangan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap mangsa serangan Israel, termasuk wartawan dan media.
Wartawan yang merakam segala kejadian tidak terlepas menjadi mangsa. Pertempuran kali ini menunjukkan sikap Israel yang tidak membuat justifikasi selepas membedil dan merobohkan bangunan media.
Dalam serangan di Khan Younis, Israel mendakwa mengebom rangkaian terowong di bandar itu dan Rafah dengan 52 sasaran,  40 daripadanya terkena sasaran. Menteri Kesihatan Gaza berkata seorang wanita terbunuh, manakala lapan lagi cedera pada hari ke-10 serangan Israel pagi semalam.
Seorang wartawan radio tempatan,  Yousef Abu Hussein, turut terkorban, menjadikan Yousef wartawan pertama terbunuh dalam tindakan ketenteraan kali ini . Setakat ini 18 wartawan terbabit dalam serangan Israel ke atas Gaza.
Pengkebumian Yousef diratapi rakan dan taulan, dan segera dikebumikan.
Sementara itu seorang lagi pejuang media tempatan, Ala’a Shamalah, menunjukkan lokasi rumahnya yang dibom tentera Israel.
Menurutnya, pada tahun 2014 ketika serangan Israel ke atas Gaza rumahnya telah pun musnah dibom Zionis. Beliau kemudian terpaksa membuat pinjaman bank untuk membangunkan semula rumahnya beserta dengan rumah rakyat Gaza yang lain.
Malangnya pada tahun ini, sekali lagi, rumahnya menjadi sasaran bedilan peluru Israel sedangkan pinjaman pertama belum pun selesai.
Walau hancur hatinya melihat kemusnahan di depan mata namun beliau tetap akan cuba membayar pinjaman terbabit.
Katanya:
“Sepanjang usia diusahakan untuk membina sebuah rumah, tapi ia musnah dua kali dibedil peluru berpandu jika anda tinggal di Gaza.”
Sehubungan itu melalui gabungan 16 NGO termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, dana kutipan Palestin itu akan disalurkan kepada salah satu saluran bantuan iaitu termasuk pembangunan semula untuk rumah penduduk  Gaza.
*****

MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button