Covid19DuniaKesihatan

Virus maut – Chapare, boleh merebak antara manusia

Muncul 2004, didapati merebak antara manusia tahun lalu

WASHINGTON : Pada masa para saintis masih tercari-cari penawar bagi Covid-19, sejenis virus maut pula dikenal pasti boleh merebak antara manusia.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) kelmarin menyatakan sehingga kini, virus dikenali Chapare itu mencetuskan beberapa jangkitan.

Mereka yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam, sakit perut, muntah, gusi berdarah, ruam kulit dan sakit di belakang mata kini boleh me­rebak antara manusia.

Chapare boleh menyerupai demam berdarah Ebola dan kali pertama muncul di wilayah Chapare, pedalaman Bolivia pada 2004 sebelum hilang kemudian.

Perkara itu didedahkan oleh penyelidik Universiti Georgetown yang mengkaji penyakit zoonotik, Colin Carlson kepada laman web Live Science.

Bagaimanapun, pada tahun lalu, sekurang-kurangnya lima orang lagi dijangkiti kuman itu, demikian menurut penyelidikan yang kini baru sahaja disiarkan kepada umum.

Virus Chapare itu dikesan merebak antara manusia melalui cairan tubuh di sebuah rantau berhampiran ibu kota yang mengorbankan tiga orang.

Bagaimanapun sehingga kini, pakar-pakar virus berkata, tiada wabak aktif Chapare pada tahun 2020, malah jika berlaku wabak seterusnya, risiko virus itu mencetuskan pandemik adalah rendah.

Bagaimanapun, ada alasan untuk semua merasa bimbang dengan perkembangan terkini virus itu.

Ini kerana tiga daripada lima pesakit yang disahkan semasa wabak 2019 adalah pekerja penjagaan kesihatan terdiri daripada petugas ambulans, doktor muda dan pakar gastroenterologi.

Mereka mendapat virus Chapare selepas menyentuh cecair badan pesakit yang dijangkiti mengakibatkan dua petugas kesihatan itu meninggal dunia.

“Demam berdarah seperti Ebola jarang merebak dengan meluas seperti penyakit pernafasan termasuk selesema atau Covid-19.”

“Ini kerana gejala demam berdarah biasanya muncul sejurus selepas jangkitan, berban­ding masa inkubasi penyakit pernafasan yang panjang, manakala sentuhan dengan cairan tubuh diperlukan untuk seseorang dijangkiti penyakit itu,”

Kajian tentang wabak baharu itu menunjukkan virus Chapare kini merebak daripada individu kepada individu lain. – AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button