Covid19DuniaKesihatan

Virus Covid-19 bertahan 28 hari atas permukaan

Lebih tinggi suhu, lebih kurang virus bertahan

BRISBANE: Kajian mendapati virus COVID-19 boleh hidup di permukaan seperti wang kertas, telefon dan besi  sehingga 28 hari.

Agensi Sains Kebangsaan Australia (CSIRO) berkata virus novelcorona itu bertahan lama di permukaan lebih lama daripada virus selesema.

Secara perbandingan, virus Influenza A ditemui bertahan lama pada permukaan sehingga 17 hari.

Penemuan ini menurut mereka menunjukkan pentingnya menjaga kebersihan dan mencuci tangan untuk mengekang penularan virus.

Laporan penyelidikan mereka diterbitkan dalam Jurnal Virologi.

Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Australia, Trevor Drew, berkata kajian itu membabitkan ujian sampel virus ke atas bahan berbeza, menggunakan kaedah ‘sensitif melampau’.

“Ini tidak bermakna bahawa jumlah virus itu mampu menjangkiti seseorang.

“Jika seseorang individu cuai apabila mengendalikan barangan berkenaan, seperti memegangnya dan kemudian menjilat tangan atau menyentuh bahagian mata atau hidung, dia mungkin dijangkiti dalam tempoh dua minggu.” – Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Australia, Trevor Drew

Tambah Drew, kadar kelembapan dan panas yang melebihi 50 peratus didapati memudaratkan virus itu.

Penyelidik di pusat kawalan penyakit CSIRO melakukan kajian ke atas jangka hayat SARS-CoV-2 iaitu nama saintifik COVID-19 dalam tiga suhu berbeza

Kadar  ‘survival’ atau kemandirian virus itu menurun apabila suhu bertambah panas.

Penyelidikan saintis CSIRO membabitkan pengeringan virus pada mukus tiruan pada permukaan yang mempunyai persamaan dengan sample pesakit Covid-19, yang kemudian diekstrak selepas sebulan.

Kajian dijalankan pada suhu berbeza iaitu 20, 30 dan 40 darjah Celcius.

Penyelidik mendapati pada suhu 20 darjah Celcius (68F) virus SARS COV-2 kekal teguh selama 28 hari pada permukaan licin seperti wang kertas plastik dan gelas pada skrin telefon bimbit.

Pada suhu 30 darjahCelsius, kadar kemandirian virus itu menurun ke tujuh hari dan menjunam kepada 24 jam apabila suhu meningkat kepada 40 darjah selsius.

Kajian juga mendapati virus itu hanya mampu hidup sehingga 14 hari di permukaan berliang seperti kapas pada suhu terendah.

Ketua Pegawai Eksekutif CSIRO Larry Marshall berkata mengetahui berapa lama virus itu mampu bertahan di permukaan akan memudahkan jangkaan lebih tepat akan pengurangan virus merebak dan membantu usaha lebih baik dalam melindungi orang awam.

Menurut CSIRO, virus itu juga banyak tersebar menerusi udara tetapi masih banyak kajian perlu dibuat mengenai penyebaran menerusi permukaan barangan.

Bagaimanapun, jangkitan antara manusia adalah kaedah penularan yang jauh lebih berisiko tinggi berbanding menerusi permukaan barangan. – AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button