Covid19Semasa

Vaksin untuk 500,000 penerima suku pertama tahun ini!

Suntikan pertama untuk petugas barisan hadapan dan selanjutnya

SERDANG : Seramai 500,000 penerima dos vaksin telah dimaklumkan oleh kerajaan yang terdiri daripada petugas barisan hadapan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ketika mengumumkan perkara itu berkata kumpulan sama dijadual menerima suntikan kedua vaksin daripada jenis sama, apabila bekalan tiba ke Malaysia.

“Mereka yang nak diberikan vaksin pada fasa pertama, dalam kalangan petugas barisan hadapan, nama-nama sudah diperoleh. – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba

Selari dengan panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), suntikan vaksin kepada golongan petugas barisan hadapan itu akan diberikan mengikut sela 21 hari.

pic: astroawani.com

“Mereka sudah dimaklumkan dan tahu berhubung perkara berkenaan, manakala bagi kategori keutamaan kedua, program pemvaksinan selanjutnya akan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam tempoh terdekat,” – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba

Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan melaporkan bahawa Malaysia akan mendapat vaksin Pfizer sebanyak sejuta dos pada suku pertama tahun ini.

Sebanyak satu juta vaksin keluaran United Kingdom (UK) dan usaha sama syarikat farmaseutikal dari Jerman akan diperoleh dan akan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan akan disusuli oleh kelompok senarai utama.

pic : bharian.com.my

Dr Adham berkata, Malaysia menandatangani perjanjian terperinci berhubung  isu logistik yang dialami syarikat pembekal Pfizer yang mengundang isu pengurangan bekalan vaksin.

“Dengan vaksin Pfizer BioNTech kita ada perjanjian bekalan, maksudnya syarikat berkenaan perlu mematuhi pembekalan mengikut jadual.  Justeru, kita tidak perlu risau berhubung sebarang isu kelewatan,” – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button