Covid19KemanusiaanSemasa
Trending

Ummah Central Warehouse – MAPIM lancar operasi, Sasar Bantu 100,000 Keluarga

Agihan bantuan kotak makanan ke seluruh Malaysia mulai minggu ini

SEPANG – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) lancarkan Misi Ummah Bantu Ummah menerusi operasi penyediaan 100,000 kotak makanan asas di Ummah Central Warehouse (UCW); sebuah gudang 1 ekar yang dibuka khusus bagi menangani kemelut kawalan pergerakan yang melanda negara bagi menyediakan bekalan makanan untuk diagihkan ke seluruh Malaysia bermula minggu ini.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menyatakan kekaguman beliau akan kerja yang tersusun saat melawat Ummah Central Warehouse

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM (Dr.) Sani Araby Al-Kahery, MAPIM meletakkan komitmen yang serius untuk membantu rakyat Malaysia di kalangan fakir miskin, peniaga kecil, ibu tunggal, kumpulan B40 dan mualaf serta kumpulan pelarian yang menerima kesan paling berat akibat daripada krisis ekonomi ketika negara sedang giat membendung penularan COVID-19.

Sebanyak 60 tan bekalan bahan asas untuk fasa pertama sudah mula sampai di pusat penyimpanan MAPIM dan melalui proses pembungkusan. Dijangkakan bermula hujung minggu ini, pengagihan akan dilakukan bermula dengan dua zon utama iaitu tengah (Kl, selangor, N9 dan Melaka) dan zon utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak).

Aktivist Kemanusiaan MAPIM Malaysia yang juga merupakan anggota bersekutu APM berhempas pulas menguruskan bekalan bantuan sebelum diedarkan kepada sasaran keluarga yang terjejas akibat PKP

MAPIM Malaysia bekerjasama secara langsung dengan rakan strategiknya iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mengagihkan berjumlah 10,000 pek makanan panas sejak hari pertama perlaksanaan PKP kepada petugas barisan hadapan (front liners) di sekitar KL, Selangor dan Putrajaya. Di samping itu MAPIM juga telah melancarkan pengagihan kotak makanan asas di zon utara Malaysia sepanjang PKP Fasa Pertama berlangsung.

Tempoh terhad yang dikenakan dalam pelaksanaan PKP fasa kedua dilihat lebih memberi kesan kepada urusan harian seluruh rakyat di mana ramai yang akan terjejas dalam mencari sumber pendapatan terutamanya yang bergantung kepada jualan dan khidmat secara harian.

Melihat kepada situasi yang semakin mencengkam kebanyakan rakyat, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengambil inisiatif bagi mempertingkat usaha menyampaikan bantuan makanan asas dan juga pek makanan panas kepada mereka yang terkesan.

Dalam satu kunjungan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM)Yang Setia Datuk Roslan Wahab bersama wakil Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) telah melihat sendiri stok barangan yang diterima daripada pembekal serta individu penderma disimpan kemas di UCW hasil sumbangan individu, syarikat korporat dan NGO yang prihatin. Kagum dan puas hati dengan kerja sistematik yang ditunjukkan oleh pihak MAPIM Malaysia dan berharap lebih banyak keluarga dapat dibantu dalam masa terdekat oleh gerak kerja MAPIM ini – tambah KP APM.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibawa melawat kawasan Ummah Central Warehouse oleh (Dr) Sani Araby Al-Kahery

Turut bersama dalam kunjungan berkenaan adalah Setiausaha Politik Menteri Komunikasi dan Multimedia, Mohd Nazri Noh serta Naib Presiden Petronas merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Malaysia, Ybhg Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Presiden Yayasan Qayyum Abdul Qayyum Mustaqem Jalal.

Inilah hasil sumbangan daripada Ummah untuk Ummah dan inisiatif ini dilaksanakan oleh MAPIM dengan kerjasama APM. Kita mendoakan semoga Allah merahmati kita dan memberi rahmatNya kepada mereka yang menyumbang kepada jalan Allah ini.

-Mohd Nazri Noh

Lawatan oleh Naib Presiden Petronas yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah UITM, Dato Seri Syed Zainal berbual bersama Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
(Dr) Sani Araby Al-Kahery, Ketua Aktivist Kemanusiaan MAPIM Malaysia menyelia trailer yang menghantar bekalan minyak masak ke Ummah Central Warehouse

Sumbangan Tabung Bantuan Kemanusiaan COVID19

MAPIM Malaysia mensasarkan dana bantuan sebanyak RM8 juta untuk pembelian 100,000 bekalan makanan dengan kos RM65/80 untuk satu keluarga mengikut keperluan isi rumah. Sumbangan wang ringgit dan barangan stok makanan seperti beras, sardin, roti, tepung, dan lainnya adalah sangat dialu-alukan untuk dapat diagihkan kepada fakir miskin serta golongan yang sangat memerlukan saat-saat begini.

 

MAPIM Malaysia menjemput rakyat Malaysia yang prihatin dan ingin menyalurkan sumbangan untuk Tabung Bantuan Kemanusiaan COVID19 ini bolehlah infaq online menerusi www.bantuummah.com  atau infaq menerusi akaun Tabung Kemanusiaan MAPIM (Maybank 562263540066)

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian hotline 1-300-888-038 atau aplikasi whatsapps di 012-800 2016:

Ilham Azmi

I believe words are more powerful than guns.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button