DuniaSemasa

Ulama terkemuka India, Jalaluddin Umri meninggal dunia pada usia 88 tahun

NEW DELHI: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Seorang ulama terkemuka India, Maulana Jalaluddin Umri telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 88 tahun di Hospital Al Shifa di New Delhi pada petang Jumaat.

Allahyarham merupakan bekas ketua sebuah organisasi sosio-agama, Jamaat-e-Islami Hind dan berkhidmat sebagai Naib Presiden Lembaga Undang-undang Peribadi Muslim Seluruh India (AIMPLB), sebuah perhimpunan intelektual dan organisasi.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham adalah seorang pemidato terkenal dan telah menghasilkan lebih 20 buah buku. Tulisan Jalaluddin dianggap berpengaruh besar dalam pelbagai hal.

AIMPLB mengenang beliau sebagai “seorang pemikir yang cemerlang dan cendekiawan Islam yang berwawasan”.

Presiden Jamiat Ulama-i-Hind Maulana Mahmood Asad Madani mengingati beliau sebagai suara kaum India Muslim manakala ulama Zafarul Islam Khan menggelarnya “tonggak masyarakat”.

Beliau juga merupakan pemimpin kaum India Muslim. Pengorbanan dan dedikasi beliau terhadap gerakan Islam akan memberi inspirasi kepada generasi sekarang untuk meneruskan legasinya.

Allahyarham juga dikenali sebagai seorang yang gemar mendekati golongan anak muda dan sentiasa mendengar pandangan mereka dengan tenang serta memberi bimbingan hidup yang diselit dengan humor.

Ia membuatkan ramai anak muda selesa berinteraksi secara terbuka dengannya tanpa sebarang keraguan dan memperolej manfaat daripada ilmu, kebijaksanaan dan pengalaman beliau.

Jalaluddin dilahirkan pada 1935 di sebuah kampung bernama Puttagram di daerah Arkot Utara negeri Tamil Nadu. Beliau meninggal akibat radang paru-paru ketika menerima rawatan di hospital.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button