DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Ulama kecam serangan Israel terhadap Palestin

Warga Palestin berhak pertahankan Aqsa

TEBING BARAT : Kesatuan Ulama Sedunia menghargai tindakan penduduk Palestin yang mempertahankan hak mereka untuk beribadah di masjid Al Aqsa pada masa yang sama  terpaksa menghadapi tentangan daripada rejim Israel

Sheikh Ali Al-Qaradaghi – Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia

Pernyataan itu diungkapkan dalam satu kenyataan ditandatangani oleh Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Ali Al-Qaradaghi. Kenyataan berkenaan tepat dengan meningkatnya tekanan dan konfrontasi  di antara pihak berkuasa Israel dan orang awam Palestin di Baitulmaqdis.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa rakyat Palestin di Baitulmaqdis dikenakan pelbagai tindakan Israel yang bertujuan untuk mengusir mereka dari tanah mereka sendiri,  sambil menambah bahawa dunia telah gagal menghentikan penindasan Israel terhadap rakyat Palestin selama bertahun-tahun.

Kesatuan  itu mengulangi pendiriannya mengenai Persoalan Palestin, yang dianggapnya sebagai penyebab utama bagi umat Islam, dan mengecam serangan berterusan Israel terhadap jemaah Muslim di Masjid Al-Aqsa, dengan  menggambarkan serangan tersebut sebagai satu tindakan keganasan bersistematik untuk mencapai Baitlmaqdis Yahudi dan mengakhiri keberadaan orang-orang Palestin.

“Keganasan sistematik yang berterusan terhadap rakyat Palestin dengan bertujuan menjadikan BaitulMaqdis Yahudi dan menamatkan hak warga Palestin di kota suci itu. ” – Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia / Sheikh Ali Al-Qaradaghi

Kesatuan itu menyeru masyarakat Islam dan dunia yang bebas untuk bersatu menentang rancangan penjajahan Israel dan pelanggaran perjanjian antarabangsa oleh Zionis itu.

Memetik Palestin International Bradcast, turut menyatakan sokongan ialah Presiden Palestin, Mohamed Abas yang menyatakan sokongan kepada anak muda Palestin yang mempertahankan diri menghalang tentera rejim menyekat mereka daripada memasuki perkarangan Al Aqsa.

The Inside Palestin pula melaporkan di Lubnan Jawatankuasa Menyokong Al Aqsa, mengadakan satu perhimpunan aman menyatakan sokongan mereka kepada rakyat Palestin yang kini saban hari terpaksa bertempur dengan tentera rejim hanya kerana hak mereka mengerjakan solat di Masjidil Aqsa dihalang.

Jawatankuasa Menyokong Aqsa di Lubnan nyatakan sokongan terhadap Palestin

Sejak 1 Ramadhan, berbelas malam berturut-turut anak-anak muda Palestin di Baitul Maqdis mengadakan protes membantah keganasan tentera penceroboh Israel. Bantahan tercetus sejak awal Ramadhan apabila Israel membelasah mereka yang pulang selepas bertarawih di masjid kiblat pertama umat Islam itu.

Oleh :Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih fakulti Filem, Teater dan Animasi

___

***

Nasib Gaza semakin sukar, dihimpit impak Coronavirus menjadikan Gaza terus dicengkam derita membungkam rasa kerana dikawal segala oleh Zionis durjana!


menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau WhatsApp 012-800-2016

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button