Dunia

Twitter didenda kerana dedahkan ciapan peribadi kepada umum

Kes teknologi terbesar dan pertama

ANKARA – Twitter didenda AS$547,000 oleh pihak berkuasa Ireland kerana mendedahkan ciapan peribadi yang dimuat naik di media sosial itu.

Hukuman denda ini adalah langkah pertama seumpamanya di bawah undang-undang privasi data Kesatuan Eropah (EU) yang baharu.

Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland mendapati Twitter tidak mematuhi Peraturan Perlindungan Data Umum EU dan gagal mengemukakan bukti berhubung perkara itu, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan itu dikatakan kes teknologi besar dan yang pertama, memetik kenyataan suruhanjaya berkenaan pada Selasa.

Denda itu adalah berkaitan dengan pelanggaran data pada tahun 2019 di aplikasi Twitter apabila ciapan beberapa pengguna yang seharusnya dilindungi disebarkan kepada umum.

Peraturan perlindungan data itu di bawah undang-undang EU 2018 bertujuan memelihara privasi individu dan melindungi data mereka daripada disalah guna.

Mengulas mengenai keputusan itu, Twitter berkata: “Kami bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan itu dan tetap komited untuk melindungi privasi dan data pelanggan kami, termasuk memaklumkan kepada masyarakat mengenai masalah yang terjadi dengan cepat dan telus. Kami memohon maaf atas apa yang berlaku.”

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button