Dunia

Turki Terus Mara Biarpun 33 Tenteranya Terkorban Dalam Serangan Udara Syria di Idlib

Seramai 33 askar Turki terkorban selepas tentera regim Syria melakukan serangan udara ke wilayah Idlib, Syria. Konflik yang semakin memuncak ini juga dilihat bakal membawa satu lagi ancaman krisis pelarian sebagaimana media melaporkan pegawai Turki berkata mereka “membuka pintu” bagi pelarian Syria untuk transit tanpa halangan ke Eropah.

Sementara itu, kerajaan Rusia menyatakan bahawa pemimpin Turki gagal dalam memaklumkan bahawa tenteranya berjuang bersama pemberontak di Idlib. Kenyataan tersebut walau bagaimanapun ditolak oleh Turki.

“Tentera Turki yang berada dalam pertempuran menentang kumpulan regim diserang bertubi-tubi oleh tentera regim Syria,” kata kementerian pertahanan Turki dalam satu kenyataan.

Kematian itu merupakan jumlah kematian terbesar yang dicatatkan oleh Turki dalam tempoh satu hari sejak ia mula campur tangan di Syria pada 2016. Sebagai tindak balas, Turki memberi amaran bahawa ia akan menyerang “semua rejim Syria yang dikenalpasti”.

“Rejim Assad memberi ancaman keselamatan kepada tanah air ini, negara serantau dan Eropah sejak ia mula bertindak seperti penjenayah yang melakukan keganasan terhadap rakyatnya sendiri,” kata Fahrettin Altun, ketua jabatan komunikasi presiden Turki.

“Rejim itu telah mengambil kesempatan ke atas sikap berdiam diri oleh komuniti antarabangsa terhadap jenayahnya  selama bertahun-tahun.”

Dalam pada itu AFP melaporkan Amerika Syarikat (AS) menuntut supaya rejim Syria dan sekutunya, Russia menghentikan kempen ketenteraan di Idlib.

Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyokong Turki yang juga ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Rejim Syria dengan sekutunya Russia, sebelum ini, memperhebat serangan udara di Idlib bagi menggempur kumpulan bersenjata yang disokong tentera Turki.

Ia menyebabkan hampir 900,000 kehilangan tempat tinggal di wilayah utara Syria itu.

Sumber: Al-Jazeera, Dhakatribune

Ilham Azmi

I believe words are more powerful than guns.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button